7 makanan yang dapat meningkatkan tenaga batin anda dan pasangan.
1. Bendi
Ramai mungkin akan berasa hairan melihat bendi dalam senarai makanan tenaga batin ini kerana tiada sesiapa pun yang dapat menyangka sayuran seperti bendi mempunyai nutrien atau nilai kesihatan yang baik untuk organ dalaman, terutamanya organ pembiakan. Bendi kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, K, B6, folat, zink, zat besi, potasium yang baik dalam memastikan rahim anda kekal sihat.
Selain itu, bendi mengandungi magnesium iaitu sejenis penenang semula jadi yang mampu membuatkan diri anda yang gemuruh menantikan saat romantis bersama pasangan kembali tenang. Untuk memastikan khasiat-khasiat ini kekal dalam bendi yang dimasak untuk makan malam romantis anda itu, kukus bendi dan perah sedikit jus lemon di atas.
2. Tongkat ali
Siapa yang tidak tahu tentang khasiat tongkat ali dan khasiat batinnya? Tongkat ali merupakan sejenis herba berkayu yang dikenali sebagai Viagra Malaysia iaitu ubat batin yang berkesan untuk kaum Adam. Kebaikan tongkat ali ini adalah dari segi pemberian stamina dan tenaga selain meningkatkan tahap hormon testeron untuk memastikan tubuh badan anda (yang lelaki sahaja kekal sihat).
Tambahan pula, tongkat ali juga sesuai untuk dimakan bagi golongan yang menghidap penyakit malaria, tekanan darah tinggi, demam dan penat badan. Untuk hasil yang lebih berkesan, pastikan anda makan akar tongkat ali yang sebenar dan bukannya dipaketkan.
3. Kayu manis
Kayu manis, atau cinnamon, adalah sejenis rempah yang lazimnya digunakan dalam masakan berkari atau masakan India. Kayu manis diguna pakai dalam masakan kerana sifat rempah ini yang mengurangkan kepedihan ulu hati atau keasidan dalam perut di samping membawa kadar kandungan gula dalam darah pada tahap normal. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu kayu manis membawa manfaat dalam hubungan intim anda.
Salah satu sebab kayu manis dikelaskan sebagai sejenis rempah adalah disebabkan sifat kayu manis itu sendiri yang dapat memanaskan badan dan apabila badan panas, keinginan anda untuk bersama yang tersayang juga semakin tinggi. Jadi, apabila anda ingin menetapkan mood romantis, jangan lupa untuk hidangan kari yang mengandungi kayu manis ini.
4. Bawang Putih
Apa yang seksi tentang bawang putih? Sudahlah berbau, rasa pun kuat sangat jadi, bagaimana boleh dikelaskan sebagai salah satu makanan tenaga batin? Walaupun bawang putih ini langsung tidak mencerminkan elemen hubungan intim yang wujud antara pasangan suami isteri, tetapi bawang putih mengandungi enzim yang dipanggil alisin yang melancarkan peredaran darah.
Jadi, kaum Adam, ingat ya, semakin lancar peredaran darah anda, semakin bahagia pasangan anda nanti. Jadi, janganlah teragak-agak untuk menyediakan makanan yang mengandungi bawang putih sebelum menjadi intim dengan pasangan anda. Selepas itu, anda boleh berus gigi dan hilangkan bau bawang yang kurang menyenangkan tersebut.
Nantikan 3 lagi jenis makanan di post yang seterusnya 

Comments

Popular posts from this blog

5 Tips Untuk Dapatkan Waktu Tidur Yang Lebih Berkualiti